Monday, April 11, 2016

Papan Lantai/Parkir Tembusu

Lantai tembusu sememangnya cantik dan tahan. Warna kekuningannya menyerlahkan lagi  mutu dan keunikkan kayu tembusu itu sendiri. Namun, kerja-kerja kayu menggunakan kayu tembusu mestilah berhati-hati kerana walaupun kayu tembusu itu keras dan tahan,namum sifatnya yang mudah retak dan pecah merumitkan kerja-kerja pertukangan. Maknanya,tukang perlulah berhati-hati dan teliti semasa memproses kayu tembusu. Parkir kayu tembusu kebanyakkannya mudah retak dan pecah hujkung atau tepi sekiranya tukang menuruskannya dengan tidak berhati-hati. Semasa memunggahnya juga mestilah sangat cermat dan jangan dihempas sebaliknya letak perlahan-lahan dan lapik sedikit agar tinggi dari permukaan lantai. Lebih-lebih lagi lantai simen yang mempunya banyak bahan kimia. Namun,permintaan kayu tembusu sangat tinggi sehinggakan amat sukar untuk mencari sumber kayu tembusu sekarang.

No comments:

Post a Comment